top of page
Search

Persatuan Ekonomi Maritim Malaysia yakin hubungan antara Malaysia dan China akan terus berkembang



Persatuan Ekonomi Maritim Malaysia mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-46 hubungan diplomatik Malaysia-China, dan yakin hubungan akrab antara dua buah negara ini akan terus berkembang dan bertambah rapat di masa depan.


Sejak menjalin hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974, Malaysia dan China pernah menghadapi pelbagai cabaran dalam masa 46 tahun ini, namun begitu, kedua-dua negara saling berganding bahu dan bekerjasama, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain, serta mengekal hubungan yang rapat dan matang.


Pada masa Wabak Covid-19 yang amat bercabar ini, China dan Malaysia telah menunjuk semangat bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain, tanpa mengira kaum dan budaya. Ketika China menghadapi masa yang paling sukar memerangi Covid-19, kerajaan dan rakyat kita memberi sokongan dan bantuan kepada China. Begitu juga semasa Malaysia melawan wabak Covid-19, China mengambil tindakan segera untuk menghantar bekalan perubatan dan pakar yang amat diperlui oleh Malaysia untuk membantu Malaysia bersama-sama menangani wabak tersebut.


Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kedutaan China di Malaysia atas sumbangan besarnya untuk menjalin hubungan baik antara China dan Malaysia.


Terutamanya, Kedutaan China di Malaysia telah melancarkan program Kebajikan Masyarakat bersama dengan persatuan, untuk mengedar topeng muka secara percuma kepada gologan-golongan yang memerlukannya, termasuk barisan hadapan yang sedang bertugas seperti anggota polis, tentera, bomba, hospital dan klinik, kakitangan kerajaan, serta golongan miskin, rumah orang tua dan rumah anak yatim.


“Persatuan Ekonomi Maritim Malaysia teguh akan terus memainkan peranan untuk merapat dan mengalak kerjasama antara Malaysia dan China."


Kami percaya bahawa persahabatan antara Malaysia dan China akan bertambah rapat dan terus bekerjasama untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah.


77 views0 comments

Comments


bottom of page